Sabtu, 23 April 2011

Kawalan Aras Gula Ringkas dalam Darah

Jika ginjal terlibat dalam pembentukan air kencing, pankreas adalah organ yang terlibat dalam pengawalaturan glukosa dalam darah. Pankreas terletak dibawah perut dan organ ini menerima bekalan darah yang banyak untuk memastikan organ ini berfungsi dengan baik. Pankreas mengandungi sel-sel Langerhans. Satu sel Langerhans terbahagi kepada dua bahagian, iaitu sel α (sel alfa) dan sel β (sel beta).
Kepekatan gula dalam darah yang normal adalah 90 mg untuk setiap 100 cm3. Dalam badan, glukosa akan ditukarkan kepada karbon dioksida, air dan tenaga (respirasi) terutama di tisu-tisu otot. Namun apabila aras glukosa terlampau banyak iaitu lebih daripada julat normal, sel-sel Langerhans beta akan merembeskan lebih banyak hormon insulin manakala sel-sel alfa akan menghentikan pengeluaran hormon glukagon. Aras glukosa dalam darah akan turun dan proses ini akan berterusan sehingga aras glukosa dalam darah berada pada julat yang normal.
Fungsi hormon insulin ialah:
• Merangsang penukaran glukosa kepada glikogen untuk disimpan dalam hati.
• Merangsang pengoksidaan glukosa untuk tujuan respirasi dalam sel.
Apabila aras glukosa terlampau rendah iaitu kurang daripada julat normal, sel-sel Langerhans alfa akan merembeskan lebih banyak hormon glukagon dan sel-sel beta akan berhenti merembeskan hormon insulin. Glukagon akan menukarkan glikogen kepada glukosa dan aras glukosa dalam darah akan naik. Proses ini akan berterusan sehingga aras glukosa dalam darah berada pada julat yang normal.
Fungsi hormon glukagon ialah:
• Merangsang penukaran glikogen kepada glukosa dalam darah.

0 komentar:

Posting Komentar

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites