Sabtu, 23 April 2011

Homeostasis


Homeostasis dirujuk sebagai pengekalan atau mekanisma kawal atur persekitaran dinamik dalaman (badan organisma) yang malar. Homeostasis merupakan salah satu konsep yang paling penting dalam biologi. Bidang fisiologi boleh mengklasifkasikan mekanisma homeostasis kawalatur dalaman organisma. Gerak balas homeostasis berlaku pada setiap organisma.
Terdapat 2 jenis pemalar atau keadaan mantap dalam homeostasis iaitu
1. Sistem tertutup - Keseimbangan statik
o Dimana keadaan dalam yang tidak berubah seperti botol tertutup.
2. Sistem terbuka - Keseimbangan dinamik
o Dimana keadaan dalam yang malar walaupun sistem ini terus berubah contohnya seperti sebuah kolam di dasar air terjun.
Organisma mempunyai 2 persekitaran iaitu:
1. Persekitaran luar iaitu persekitaran yang mengelilingi organisma secara keseluruhan. Organisma akan hidup secara berkongsi dengan organisma-organisma(biosis) dan objek-objek yang bukan hidupan(abiosis).
2. Persekitaran dalam iaitu persekitaran dinamik dalam badan manusia yang terdiri daripada bendalir yang mengelilingi komuniti sel-sel yang membentuk badan.
Biosis ialah komponen hidupan iaitu meliputi semua organisma hidupan.Contoh komponen biosis ialah:
• Manusia
• Tumbuhan
• Haiwan
Abiosis ialah komponen bukan hidupan seperti:
• Suhu
• Nilai pH
• Keamatan cahaya
• Kelembapan
• Topografi
• Iklim

Perubahan persekitaran
Perubahan kecil dalam persekitaran dinamik dalam badan boleh
menyebabkan sel-sel mati.Contoh-contoh yang akan menyebabkan sel-sel mati walaupun dalam julat kecil ialah seperti:
• Dehidrasi - Kurang air
• Zat makanan yang kurang
• Sisa toksik dikumpul dalam badan
• Suhu berubah dengan mendadak
Faktor yang perlu dikawal
Setiap faktor-faktor mempunyai julat-julat tertentu yang boleh mempengaruhi persekitaran dinamik. Contoh beberapa faktor dalam bendalir yang perlu dikawal atur julatnya:
• pH - 7.3pH - 7.4pH, berbeza dengan salur alimentari julat pH adalah berbeza-beza pada tempat tertentu.
• Suhu - 37oC - 39oC
• Glukosa - 4.4 - 5.5 mmol/dm3
• Urea - 3.3 - 6.6 mmol/dm3
Kepentingan Homeostasis
Akibat daripada perubahan kecil julat ini, hal ini akan menimbulkan masalah kepada organisma yang sentiasa berada dalam persekitaran luar yang tidak tentu dan cara hidup yang kurang sihat. Maka , untuk mengadaptasi kepada perubahan ini, organ-organ tertentu dalam badan organisma berfungsi untuk mengimbangi, mengawal, mengstabilkan, menyesuaikan, dan mengekalkan persekitaran dalam supaya berada dalam keadaan yang stabil untuk sel-sel terus hidup dan berfungsi secara optimum.
Antara kepentingannya ialah:
• Memboleh organisma mengadaptasi kepada persekitaran luar yang mempunyai julat dan habitat yang lebih luas.
• Menyediakan keadaan dalaman (persekitaran dinamik dalam badan organisma) yang stabil supaya sel-sel dapat menjalankan hidup dengan cekap.
• Membolehkan kadar metabolisma dikawal dengan cekap pada bila-bila masa.
• Boleh enzim-enzim menjalan fungsinya dengan optimum.
Mekanisme Homeostasis
Mekanisme ini dikawal oleh otak terutama hipotalamus. Hipotalamus terangsang akan merangsang koordinasi badan.Proses ini akan berterusan sehingga persekitaran dinamik dalam badan akan berada pada julat yang normal.
2 koordinasi badan yang terlibat ialah:
1. Kordinasi Kimia - Seperti Hormon
2. Kordinasi Saraf - Seperti Impuls saraf
Antara proses-proses yang terlibat ialah:
1. Suap balik positif - Contoh deman, badan akan bertambah panas untuk membunuh bakteria dan virus.
2. Suap balik negatif - Contoh keadaan panas, badan akan dikawalatur untuk mengurangkan haba daripada badan.
Contoh homeostasis yang ringkas ialah
• Apabila cuaca panas, sistem kulit akan bertindak balas dengan mengeluarkan peluh melalui kelenjar peluh pada epidermis kulit untuk mencegah suhu darah daripada meningkat. Salur darah pula akan mengembang untuk mengeluarkan haba ke persekitaran dan hal ini kadang kala menyebabkan kulit berwarna merah.
• Apabila aras glukosa dalam darah telah habis atau berkurangan daripada julat tertentu, hati akan dirangsang oleh insulin untuk menukarkan glikogen kepada glukosa supaya dapat digunakan sebagai tenaga untuk tindakan otot.
Antara organ-organ yang terlibat dalam kawalatur homeostasis ialah:
• Hati
• Ginjal
• Kulit

0 komentar:

Posting Komentar

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites